REMINDER. *Congratulations for the student who get excellent result in UPSR EXAM 2009* *New session with new spirit for all student.* *Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum* *Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.*

UPSR is coming out

Sejarah Sekolah

Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua dan terawal di
kawasan ini. Banjir besar yang melanda pada tahun 1967 telah memusnahkan sebilangan besar dokumen-dokumen berharga di sekolah ini, termasuklah catatan-catatan penting berkenaan sejarah penubuhan sekolah sendiri.
Oleh yang demikian sejarah sekoah yang tertulis di sini adalah hasil himpunan maklumat yang didapati daripada ingatan orang-orang yang masih mengingati sejarahnya.

Pendidikan Sebelum Perang
Detik permulaan pendidikan adalah seawal sebelum Perang Dunia Kedua
di Ladang Chaning iaitu kira-kira 1.5 kilometer dari Kampung Pahi.
Bangunannya hanyalah sebuah bangsal kecil. Bilangan murid pada masa tersebut adalah seramai 14 orang sahaja.
Sekolah ini terpaksa ditutup apabila Perang Dunia Kedua berlaku.

Pendidikan Selepas Perang
Pada awal 1948, "Sekolah Melayu Rakyat Pahi" telah dibuka oleh
Abdul Ghani b Adnan seorang imam pada masa itu. Beliau telah mempelopori perubahan dan kesedaran bahawa pentingnya pendidikan untuk mengubah
nasib orang-orang kampung. Beliau telah menggunakan rumahnya sendiri
sebagai bangunan sekolah sementara. Sistem persekolahannya pula tidak
begitu teratur disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan dan prasarana. Hanya berbekalkan keazaman dan semangat yang jitu, beliau bersama
Abdullah b. Hj Ibrahim telah bergilir-gilir mengajar. Bilangan
murif pada masa tersebut hanyalah seamai 20 orang sahaja.

Bertitik tolak daripada permintaan dan pertambahan murid dari tahun ke tahun, pihak ladang dan masyarakat Pahi bersetuju menangani masalah prasarana sekolah bersama-sama pada tahun 1952.

Kerajaan akhirnya membiayai pentadbiran sekolah dan pembangunannya bermula pada tahun 1953.
 
Copyright 2009 Sejarah SK Pahi. Powered by SK Pahi Kuala Krai
created by Arma Nirwati